PELANCARAN SERENTAK PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT PERINGKAT KEBANGSAAN 2022
PELANCARAN SERENTAK PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT PERINGKAT KEBANGSAAN 2022
Tema: Bangkit Baca & Bersyukur
Tarikh: 21.4.2022 Masa: 11:00am – 11:10am
Anjuran Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya,
Perpustakaan Negara Malaysia
这个活动是由旅游、艺术与文化部和马来西亚国家图书馆主催,我校全力响应配合。
Program ini merupakan satu daripada aktiviti utama gerakan Dekad Membaca Kebangsaan 2020-2030 dengan tema # Bangkit Baca & Bersyukur yang bertujuan mendorong rakyat Malaysia untuk membaca, dimulai dengan langkah awal selama 10 minit sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan harian.
这项活动是2020年至2030年全国阅读十年运动的主要活动之一,主題为“呼吁学习和感激”,旨在鼓励全国人民阅读,从阅读10分钟的开始做起,让阅读成为日常生活中的一种习惯。
Bak kata pepatah, ilmu pelita hidup, membaca boleh menambah ilmu pengetahuan, meluaskan medan pandangan dan mengukuhkan akademik murid.
正所谓 不吃饭则饥,不读书则愚。知识就是力量,学习不仅能够增广见闻,增长知识,还能逐而巩固我们的学业,何乐而不为?
Tepat jam 11 pagi nanti, semua individu, pejabat, komuniti adalah dipohon untuk berhenti sebentar dari melakukan apa jua pekerjaan atau aktiviti untuk MEMBACA apa jua bahan bacaan selama 10 minit sebagai tanda komitmen bagi program ini.
今天上午 11 点,所有人、办公室和社区都被要求暂停手上的任何工作或活动,提起各种阅读材料阅读10分钟,以展示对阅读运动的积极支持。
Akhirnya sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru, anggota sokongan sekolah, dan semua murid yang melibatkan diri dalam program hari ini. Tanpa anda semua, Majlis Pelancaran serentak Program Jom Baca Bersama 10 minit hari ini tidak akan berlangsung dengan lancar.
“Amalan Membaca”
Pergi ke kedai membeli halia,
Halia dibeli Bersama serai,
Rajin membaca amalan mulia,
Agar menjadi orang yang pandai.
Marilah anak Confucian semua,
Jadikan buku sahabat kita.
Bacalah buku tidak kira di mana,
Agar bertambah ilmu yang ada.
Pintu Pusat Sumber SMJK Confucian sentiasa terbuka untuk anda semua, datanglah mengujungi kita & membaca! Terima kasih.
书中自有黄金屋,书中自有颜如玉,希望大家能爱上手中的书本,也能爱上尊孔书林,我们欢迎你们随时前来阅读! 最后,我要再次感谢所有老师、学校的支持成员和所有参与今天项目的学生。今天10分钟的Jom Baca Bersama计划已经顺利结束。谢谢你们。