Pertandingan Video Kreatif sempena Bulan Kemerdekaan
PENGENALAN

Pertandingan Mencipta Video Kreatif sempena Bulan Kemerdekaan merupakan satu pertandingan peringkat sekolah. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam. Tema bagi pertandingan ini adalah “Malaysia Prihatin”.
Pertandingan ini adalah terbuka kepada kesemua pelajar SMJK Confucian .
Objektif bagi pertandingan ini adalah seperti berikut:
- Memupuk minat dan kreativiti di kalangan murid SMJK Confucian dalam mempromosi perpaduan dan semangat kemerdekaan.
- Mencetus keterujaan dikalangan murid SMJK Confucian terhadap potensi dan peluang dalam industri kandungan kreatif;
- Mendidik para pelajar tentang semangat patriotik dan menghargai sumbangan kemerdekaan terhadap kemajuan Negara
Durasi Video : 3-5 Minit
Tema Video : Malaysia Prihatin
Tarikh Penyertaan : 10 Ogos 2020
Tarikh Tutup Penyertaan : 4 September 2020
Syarat Penyertaan
A. Kelayakan Pertandingan
- Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar SMJK Confucian.
B. Terma dan syarat pertandingan
- Penyertaan adalah secara individu.
- Penyertaan mesti dihantar selewat-lewatnya pada 4 September 2020 melalui link yang disediakan
- Video mestilah antara 3-5 minit.
- Penyertaan boleh dihantar dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam.
- Penyertaan hendaklah memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia dan tidak menyinggung mana-mana pihak.
- Produksi mestilah karya asal pemohon dan tidak pernah menyertai di dalam mana-mana festivel filem/video peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
- Penyertaan adalah percuma.
- Pihak sekolah berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
- Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak.Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik balik sekiranya hasil karya tidak asli/diciplak.
- Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
- Pihak sekolah tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
- Penyertaan perlu dihantar melalui melalui link berikut :
https://forms.gle/TTvFVqsW96TBUVGs7
HADIAH
Hadiah tempat pertama | Smartphone Redmi Note 8 |
Hadiah tempat kedua | Voucher MCDonald Rm 10 x 10 |
Hadiah tempat ketiga | Voucher MCDonald RM 10 x 5 |