Majlis Send Off En Wong Kum Ming

Pada 29/9/2020, satu majlis send off telah diadakan bagi memberi penghargaan terakhir kepada En Wong Kum Ming yang telah berkhidmat sebagai pengetua SMJK Confucian selama 2 tahun 7 bulan. Terima kasih En Wong Kum Ming atas segala jasa dan khidmat anda. Untuk maklumat, En Wong akan berkhidmat sebagai pengetua di SMK Kepong Baru. Selamat maju jaya diucapkan kepada beliau.